Description
Minyak Zaiton Extra Virgin Sihate dari Milas, Turki adalah dari ladang seluas 5000 ekar dan pokok setua 500 tahun dan diusahakan oleh keluarga yang sama selama empat generasi sejak zaman kerajaan Uthmaniyyah.
Mula masuk pasaran Malaysia pada akhir 2019 sebagai makanan alami untuk kesihatan dan memperkukuhkan lagi sistem imun.
Perahan sejuk hasil buah zaiton tuaian pertama dibawa khas untuk memberi rakyat Malaysia pilihan minyak zaiton extra virgin yang terbukti organik, berkualiti, terjaga khasiat selepas dibuka dan mudah diminum dan dimakan.
Minyak Zaiton Extra Virgin Sihate diimport dalam botol gelap khas dari Itali dan dijual dalam kotak tebal lengkap dengan Sijil Analisis dan sejarah ladang, terdapat dalam dua saiz – 250 ml dan 50 ml.
Sihate mengambil pelbagai langkah untuk membuktikan kandungan khasiat benar-benar dapat dikekalkan dari proses menuai, pembotolan sehingga penghantaran dalam kontena kawal suhu supaya khasiat dalam minyak EVOO kekal hingga ke meja makan.
Jaminan kualiti ini dapat diberi dengan adanya 3 sijil organik dan 2 sijil pengujian – satu dari Turki dan satu dari Malaysia utk memastikan ciri-ciri extra virgin serta khasiat antioxidant, polyphenols serta lemak mono tak tepu ditepati. Tarikh tuaian juga tertera di pelekat botol agar telus dengan pengguna.
Pelaburan dalam minyak zaitun yang ada jaminan kualiti merupakan pelaburan dalam kesihatan jangka panjang diri dan keluarga. Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi tidak wajib diwarisi. Hentikan rangkaian sejarah penyakit kronik dalam keluarga anda dengan pengamalan makanan sunnah yang juga merupakan ‘superfood’.
Reviews
There are no reviews yet.